private retirement scheme




Daripada : Ahmad Humaizi IFP
Tarikh:
Per : TIDAK CUKUP WANG UNTUK BERSARA?

Assalamualaikum Sahabatku,

Masa persaraan sepatutnya adalah zaman keemasan bagi kita semua. Ianya adalah satu masa di mana kita boleh mengaut hasil kerja yang telah kita lakukan 20-30 tahun lamanya. Masa persaraan juga sepatutnya kita boleh lakukan sesuatu perkara yang telah lama kita idamkan kerana pada masa itu kita mempunyai kebebasan masa termasuk pergi melawat tempat yang tidak pernah dikunjungi, membuat kerja kebajikan, meluangkan masa dengan keluarga termasuklah cucu cicit dan dengan kata lain, masa bersara adalah untuk MENIKMATI KEHIDUPAN.

Tahukah anda ini semua adalah satu fantasi untuk 90%  daripada pesara?

Realitinya ramai pesara tidak boleh menunaikan impian mereka atau melunaskan separuh dari kehendak mereka malah terpaksa merendahkan taraf hidup selepas bersara!

Ya betul, dana Pencen yang tidak mencukupi, dana KWSP yang hanya cukup untuk 2-3 tahun saja selepas bersara dan terpaksa menerima hakikat untuk jadi miskin selepas bersara!

Skim Persaraan Swasta

Private Retirement Scheme

Statistik jangka hayat rakyat Malaysia juga menunjukkan purata hayat bagi warga lelaki adalah pada usia 75 tahun dan bagi wanita pula adalah pada usia 80 tahun.  Ini bermakna, jika anda seorang pesara swasta yang memilih untuk pencen pada usia 55 tahun, maka masih ada baki 20 tahun lagi tempoh ‘survival’ untuk hidup tanpa gaji bulanan dan hanya berbekalkan wang KWSP tadi sahaja.  Bagi wanita pula, mereka berkemungkinan akan hidup 25 tahun lagi selepas tempoh persaraan.  

Mampu kah mereka hidup dan melalui tempoh 20-25 tahun ini dengan hanya berbekalkan wang KWSP sahaja?

Pesoalannya, berapa RM yang anda perlukan untuk membentuk Dana Persaraan? Jawapannya adalah bergantung kepada lifestyle anda sekarang, dan di sinilah anda perlu bijak MERANCANG untuk memastikan dana Persaraan yang mencukupi semasa usia emas nanti!

Untuk mengatasi masalah kekurangan simpanan selepas persaraan, beberapa persoalan perlu dijawab untuk mengagak kedudukan kewangan anda sekarang.  

Pertama sekali kira berapa jumlah simpanan dan aset yang anda miliki, termasuk wang simpanan peribadi, wang di dalam akaun KWSP, pelaburan Unit Trust, pelaburan emas, jumlah wang yang diterima daripada polisi insurans yang telah matang, juga aset rumah dan kenderaan.  

Kedua, kira berapakah baki pinjaman yang anda ada, seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta atau pinjaman peribadi.  

Ketiga, tentukan jumlah simpanan daripada pendapatan bulanan anda.  Semakin meningkat usia anda, sepatutnya semakin banyak wang yang disimpan setiap bulan.  Setiap kali kenaikan gaji, masukkan sebahagian daripadanya ke dalam simpanan persaraan.  

Keempat, kira baki tahun yang anda anda sebelum anda mencapai umur persaraan.  Adakah anda akan hidup selesa menjelang usia persaraan anda? Atau mungkin kah segala hutang piutang itu akan kekal sehingga anda bersara kelak?

Apabila semua yang di atas tadi telah terjawab, maka anda akan dapat mengenal pasti tahap kewangan anda.  Jika simpanan anda kurang, maka mulalah menabung untuk persaraan. 

Kerajaan Malaysia juga amat komited dalam membantu rakyat negara ini melalui tempoh persaraan mereka.  Dengan itu, lahirlah Skim Persaraan Swasta (PRS) sebagai salah satu alternatif untuk menambah baik taraf kehidupan warga Malaysia khususnya bagi mereka yang bekerja swasta selepas persaraan mereka nanti.

Skim persaraan swasta (PRS) yang mula ditawarkan kepada orang ramai pada penghujung tahun 2012 adalah merupakan satu skim pelaburan yang dibuat secara sukarela oleh pencarum nya.  Skim ini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang bekerja swasta untuk membuat simpanan bagi persaraan mereka.

PRS adalah berbeza dengan caruman mandatori yang dibuat dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).  Objektif utama tabungan PRS adalah untuk memastikan setiap pencarum nya mempunyai simpanan dan aset kewangan yang mencukupi untuk kegunaan menjelang persaraan nanti.  Idea mengenai PRS ini adalah hasil daripada cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kepada Kerajaan Malaysia.

Apakah ciri-ciri Private Retirement Scheme?

Setiap caruman yang dibuat kepada PRS akan dibahagikan kepada sub-akaun A dan B
Apabila pencarum PRS sudah mencecah umur persaraan, mereka berhak untuk mengeluarkan 70% simpanan daripada sub-akaun A 
30% daripada sub-akaun B pula boleh dikeluarkan setahun sekali
Pelabur yang mencarum dalam PRS boleh memilih dana persaraan berdasarkan beberapa faktor seperti matlamat, keperluan ketika persaraan dan ketahanan risiko.
Pilihan dana yang ditetapkan juga bergantung kepada faktor usia.
Untuk Dana Berpertumbuhan, bagi mereka yang di bawah umur 40 tahun dan memiliki maksimum ekuiti sebanyak 70%, pelaburan di luar Malaysia adalah dibenarkan.
Dana Sederhana, bagi mereka yang berumur antara 40-50 tahun dan memiliki maksimum ekuiti sebanyak 60%, mereka juga dibenarkan untuk membuat pelaburan di luar Malaysia. 
Dana Konservatif, bagi mereka yang berumur melebihi 50 tahun, pelaburan di luar Malaysia adalah tidak dibenarkan.
jika masih jauh lagi tempoh persaraan, anda mungkin boleh menimbangkan untuk melabur dalam dana yang berisiko tinggi namun boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi. 
Setiap ahli mempunyai pilihan sama ada untuk mencarum dalam satu dana atau lebih daripada satu dana di bawah satu PRS atau mencarum lebih daripada satu dana di bawah PRS yang berlainan.
Jika pencarum merasakan dia perlu untuk menukar dana dalam satu PRS atau bertukar kepada PRS yang lain, maka mereka boleh berbuat demikian tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Penyedia PRS.

Iklan tentang PRS telah banyak dipaparkan dalam akhbar, antaranya;

PRS

prs public mutual

Apa kelebihan menyertai Skim Persaraan Swasta?

Dapat Menampung kekurangan Dana Persaraan sediada di dalam KWSP
Boleh memilih dana-dana yang sesuai untuk memaksimumkan pulangan dan nilai dana persaraan anda
Boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun!
Pendapatan daripada PRS dikecualikan daripada cukai pendapatan


Berapa banyak PENJIMATAN CUKAI yang bakal anda perolehi dengan PRS?

takreliefPRS

Jom Mulakan Pelaburan di Dalam Skim Persaraan Swasta Sekarang!


Sedia Membantu Anda,
Ahmad Humaizi
019-3726080
humaizi@ahmadhumaizi.com
www.facebook.com/fanpagehumaizi